Tuesday 13 March 2018

TM Pelan Khas Unifi Mobile Untuk Guru

Telekom Malaysia menawarkan pelan khusus Unifi Mobile menyasarkan kepada semua guru, dinamakan “JASA Pack”. Pelan khusus ini ditawarkan untuk para guru diseluruh negara, ia menawarkan pakej data tanpa had, panggilan tanpa had, dan SMS tanpa had pada harga RM59 sebulan.

Unifi Mobile

Pada harga tawaran berkenaan, ia boleh dikatakan pelan Unifi Mobile untuk guru ini sesuatu yang berbaloi berbanding pakej lain di pasaran hari ini. Penawaran ini secara tidak langsung akan memudahkan urusan komunikasi, dan memastikan guru kekal berhubung tanpa bebanan pelan yang berharga tinggi. Untuk melanggan Pek Jasa ini, seseorang guru perlulah melanggan pakej Unifi atau re-Unifi (Streamyx), dan membawa surat pengesahan rasmi dari Guru Besar atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Tawaran ini terhad sehingga 31 Disember 2018  guru yang berminat boleh ke TM Point yang berdekatan

No comments:

Post a Comment